Nuffnang Ads

Saturday 30 March 2013

Mencari Cahaya

Assalamualaikum wbt..

“Hati itu laksana cermin, yang darinya terpancar cahaya cinta. Cemerlangnya cahaya cinta nampak dari lahirnya yang kelihatan batinnya, dan dari batinnya kelihatan lahirnya.”

           MAKA CARI LAH CAHAYA DENGAN BERILMU DAN BERAMAL

Selepas solat, amal kan membaca :
 1) Doa Nur Rasullullah:

Allohummaj'ali Nuuron fii qolbi. Wa nuuron fii qobri. Wa nuuron fii sam'i. Wanuuron fii bashori Wa nuuron fii sya'ri. Wa nuuron fii lahmi. Wa nuuron fii dami. Wa nuuron fii 'idhomi. Wa nuuron min baina yadaya. Wanuuron min kholfi. Wa nuuron 'an yamini. Wa nuuron 'an syimali. Wa nuuron min... fauqi. Wa nuuron min tahti. Waj'alna fi nafsi nuuron. Birrohmatika Ya arhamarrohimin

Hadis : Doa Nur Rasulullah:

(Maksud)
"Ya Allah, jadikan cahaya pada qalbuku, pada kuburku, pada penglihatanku, pada
pendengaranku, rambutku, kulitku, pada darahku dagingku, Ya Allah jadikan cahaya pada kananku, kiriku, atasku dan bawahku. Ya Allah, tambahkanlah cahaya padaku..

Jika kesuntukan waktu boleh juga baca doa dari Surah At-Tahrim ayat 8 yang akhir :

     . رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ 

"Wahai Tuhan kami!sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Sesungguhnya di dalam Al Quran banyak diperkatakan tentang Nur.. Di antaranya :
Surah Nur Ayat 35 :


۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ۬ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ ( ٣٥


35. Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang)  laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah sinaran
Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undangundang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

-Selamat beramal..

No comments:

Post a Comment