Nuffnang Ads

Wednesday 17 April 2013

Lihatlah Alam

Assalamualaikum wbt..

Betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT.. Mari kita hayati kebesaran Allah dengan memerhatikan alam ciptaanNya.. begitu juga dengan tumbuhan dan haiwan.. setiap nafas dan detik..berzikir dan berselawat.. kita sebagai makhluk Allah juga kena ingat pada Allah dengan berzikir..

Aizzad, anak nombor 2 ni memang suka pegang kamera. Minatnya saya kongsi di sini.. Inilah hasilnya..


Gambar ini diambil di sekitar sawah padi Alor Setar, kampung halaman bonda mertua. Nice shot! Hasil seorang amatur.. Boleh tahan juga kan.. Si cilik, Amar dengan aksinya..


Sempat juga Aizzad merakamkan aksi pepatung ini di Cameron Highlands..


Salah satu bunga yang terdapat di hadapan Lavender Garden, Cameron Highlands. Subhanallah.. Cantik.. Hmm.. apalagi.. membeli juga saya pokok bunga di sana..

Sunday 14 April 2013

Koleksi Roses

Bunga Mawar atau bunga ros memang menarik minat saya sejak dulu lagi. Apatah lagi mempunyai kawan baik yang suka mengumpul koleksi ini. Memang kemaruk dibuatnya..

Ini koleksi bunga kawan saya, kak Mek Nor.



Inilah kak Mek Nor di rumahnya. Lihat latar belakang foto ini.. wow.. awesome..kan.


Ini salah satu sudut rumah kak Mek Nor.
                              


                               Kak Mek Nor bersama sahabat baiknya, kak Dal.

       hmmm.. Koleksi saya?nantikan.. insya-Allah..









Saturday 13 April 2013

Doa Akhoz

Doa Akhoz m/s 1


Doa Akhoz m/s 2

Doa ini sangat bagus diamalkan selepas solat.. Sekiranya terdesak dalam kesusahan..segeralah baca doa ini, beberapa kali.. in-sha-Allah dimakbulkan oleh Allah SWT

Alhamdulillahirabbil ‘alamin, washolatuwassalamu ‘ala ashrofil mursalin wa’ala alihi washohbihi ajma’in.

Allahumma Akhoztu sam’ama kholaqollahu ta’ala wabashorohom bisam ‘illahi Ta’ala, wabashorihi Akhoztu quwatama kholaqollahuTa’ala wasultonahum biquwatillahiTaala wa sultonihi jibrailu ‘an yamini waisrofilu ‘an yasari wallahuTa’ala minaljawanibi ihfadzni Rabbi Rabbi Hasbi wa ‘alaihi tawakkaltu hasbiyAllahu wani’kmal wakilu wani’kmal maula wani’kman nashiru bifadzlika waquwatika ya Rabbal ‘alamin

(Istajabtu Ya Rabbi) ulang 3x

Wala haulawala quwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim
ihtajabtu Ya Rabbi (ulang 3x)
‘an a’kyuninna zhirina minal insiwal jinni, washayatini, wakhuz minhom Ajma’ina bifadzlika Ya Arhamarrahimin
Walhamdulillahi Rabbil ‘alamin

Diantara fadhilatnya :
Fadilatnya ialah : (segalanya dgn izin Allah)
1. Pada menyatakan faedahnya doa ahoz baginda rasulullah saw sgt besar dan mujarab.
Maka barangsiapa membaca doa ini dengan tulus ikhlas hatinya lagi bercinta kpd Allah taala, insyaAllah akan diperkenankan Allah taala pintanya. Dan dimuliakan akan dia dgn bertambah2 serta dianugerahkan oleh Allah rezeki bertambah2 tiada kurang selama hidupnya jika dibacakan doa ini dihadapan raja2 atau org besar2 nescaya dikasihinya oleh mereka itu jika dibacakan dihadapan perempuan2 ahlinya dan ditiupkan pada muka (wajah) nescaya tertahan hatinya, ertinya tertambat hatinya kasih sayang akan dia.

2.Bermula ujar baginda Ali tatkala aku berperang dgn kafir dgn kudrat Allah dtglah pertolongan akan daku hingga lari sekalian org kafir itu apabila melihat akan daku dan aku terlepas drpd merbahaya itu dan ujar Saidina Usman tatkala aku membaca doa ini diterangkan Allah hatiku membaca Quran dan mana2 ayat yg telah dilupakan balik teringt dgn berkat doa ini.

3.Maka ujar baginda Ali karamallahhuwajhah lagi tatkala aku dan sekalian sahabat2 yang lain bersama2 rasulullah saw sabdanya segala penyakit2 pun jauh drpd kamu dgn berkat doa ini.

4. Demikian juga segala malaikat pun, hari2 ia hampir dgn kamu dan Allah membukakan pintu langit dan menurunkan rahmat atas kamu sekalian dan jika engkau hendak melihat serta -------- (rahsia yg ganjil) itupun dimudahkan Allah. Jika engkau hendak melihat malaikat atau jin dan syaitan bacalah doa ini ditempat2 yg sunyi sebyk 17 kali nescaya dapat engkau melihatnya.
(Sumber: Tn Hj Omar b. Hj Othman, 1971, Melaka)

Friday 5 April 2013

Minat saya



Ini gambar halaman rumah saya. Kecil sahaja.. tapi inilah yang mampu saya susun dan atur kan..


Dan ini lagi koleksi pokok bunga saya. Terselit ditepi pokok tu, pokok daun pandan.

Saturday 30 March 2013

Mencari Cahaya

Assalamualaikum wbt..

“Hati itu laksana cermin, yang darinya terpancar cahaya cinta. Cemerlangnya cahaya cinta nampak dari lahirnya yang kelihatan batinnya, dan dari batinnya kelihatan lahirnya.”

           MAKA CARI LAH CAHAYA DENGAN BERILMU DAN BERAMAL

Selepas solat, amal kan membaca :
 1) Doa Nur Rasullullah:

Allohummaj'ali Nuuron fii qolbi. Wa nuuron fii qobri. Wa nuuron fii sam'i. Wanuuron fii bashori Wa nuuron fii sya'ri. Wa nuuron fii lahmi. Wa nuuron fii dami. Wa nuuron fii 'idhomi. Wa nuuron min baina yadaya. Wanuuron min kholfi. Wa nuuron 'an yamini. Wa nuuron 'an syimali. Wa nuuron min... fauqi. Wa nuuron min tahti. Waj'alna fi nafsi nuuron. Birrohmatika Ya arhamarrohimin

Hadis : Doa Nur Rasulullah:

(Maksud)
"Ya Allah, jadikan cahaya pada qalbuku, pada kuburku, pada penglihatanku, pada
pendengaranku, rambutku, kulitku, pada darahku dagingku, Ya Allah jadikan cahaya pada kananku, kiriku, atasku dan bawahku. Ya Allah, tambahkanlah cahaya padaku..

Jika kesuntukan waktu boleh juga baca doa dari Surah At-Tahrim ayat 8 yang akhir :

     . رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ 

"Wahai Tuhan kami!sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Sesungguhnya di dalam Al Quran banyak diperkatakan tentang Nur.. Di antaranya :
Surah Nur Ayat 35 :


۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ۖ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ۬ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ ( ٣٥


35. Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang)  laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah sinaran
Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undangundang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

-Selamat beramal..